Sunday, June 06, 2004
..:: Saat-saat cemasku ::..
Tepat jam 5 petang. Aku telah melayari internet di rumah sahabatku Al-farah De Ezlin. Sesungguhnya aku ingin mendapatkan skrin yang lebih jelas.. lalu aku pon memadamkan sesuatu yang kurasakan tidak digunakan. Namun tanpa kusedari aku telah memadam sesuatu yang amat dicintai sahabat ku.
Aku pulang tanpa menyedari hakikat yang akan melanda. Diriku menjadi resah apabila mendapat panggilan darinya. Hingar-bingar sedikit keadaan di ujung talian. Aku menjadi tidak tentu arah. Ingin saja ku terbang untuk menberikan bantuan pihak Serbia. Namun aku cuba mencari alternatif lain untuk mengembalikan cinta hati nya.
Lalu aku ke tempat sulit,mengintai maklumat sulit untuk mengungkaikan masalah yang dihadapi. Setelah selesai menyulitkan diri, aku bergegas melaporkan ke pihak yang kehilangan......misi hampir gagal.. duh.. namun..
Rupa-rupanya..
'Elin, unlock kan toolbar tu yek supaya tak hilangkan Address bar tuh!'
Hikhik.. sesungguhnya aku telah melakukan sesuatu kepada Elin and being so ungrateful telah mencemaskan hidup elin selama 30 minit. Mintak ampun ye.. tak sengaja.. lenkali tak buat lagi... aku nih mmg tak kenal di untung sungguh setelah apa yg ko berikan!!! huh!! marah la aku... iskk iskk..iskk
Tapi at least.. ko belajar sesuatu tentang dunia IT kan?? hehehhe
THE END